Monday 20 July 2015

Pendosa

Biar hati selalu rasa berdosa.
Biar rasa tenang dalam sujud yang lama.

Biar selalu rasa hina.
Agar selalu mencari Dia.

Biar selalu nampak orang lebih baik dari kita.
Agar kita jugak cuba
Nak jadi baik mcm mereka.

Jgn dihina sang pendosa.
Kita tak tahu
Siapa ke neraka siapa ke syurga.

Ada kala,
Sang pendosa
Lebih senang langkahnya ke syurga.

Taubat.
Iman kita naik turun kadangkala turun sahaja.

Jangan penat cuba berubah.
Tuhan itu sukakan keampunan.
Ar Rahman.




Saturday 18 July 2015

Aku rasa.

Aku selalu rasa..
Dia tak sempurna.
Tapi aku lupa.
Manusia mmg tidak sempurna.

Aku bandingkan dia dengan orang lain.
Oh mungkin dia yang lain itu dpt buatkan aku jd lebih baik.
Tapi aku lupa.
Si dia yang ini sedang usaha menjadi lebih baik untuk bimbing aku.

Aku syukur.
Nikmat Tuhan yang satu ini.
Si dia.

Mungkin banyak kekurangannya.
Tapi aku lupa,
Aku pun apa kurangnya.

Aku egois tak bertempat.
Salah sikit saje aku boleh mengamuk seharian.
Dan tanpa lelah.
Dia memohon maaf, walau salahnya , sekecik zarah.
Dia mengaku salah,
Walau sbnrnya tiada salah.
Bukan sekali dua atau tiga.
Aku rasa berjuta kali dah.
Dan sudah nampak kelebihan dia yang satu ini ;
Penyabar.

Dia manusia penuh salah,
Aku manusia penuh dosa.

Dia jarang marah.
Aku selalu marah.
Dia buat salah aku marah
Aku buat salah.
Dia maafkan aje.
Kadang je dia marah.
Tu pun aku marah balik.
Hahahah.
Siapa yang lagi cela sekarang?
Aku bukan.

He is just too annoying.
Too over protective
Too caring.
Itu pun aku marah.
Dia cuma taknak aku sorang katanya.
Dia nak buat apa yg dia taknak lelaki lain buat utk aku katanya.

Tapi bila aku buat benda sama
Tahu sakit hati.
Hm rasa nak pukul.
Tapi,
Takpelah dari dia buat bodoh aku nak pergi beli barang sorang-sorang.

Dia pendosa.
Aku juga.

Terkesan dalam hati
Bila dia cakap
' aku taknak kau tahu benda jahat aku buat sebab aku nak jd org yg boleh bimbing kau'

You never know how much it mean when someone really pray to Allah to have you in his life.

Now i know how perfect an imperfect human is.