Thursday, 9 January 2014

Ini kisah aku.

Kadangkala, hidup ni seolah tak adil dengan diri sendiri.
Diminta itu, diberi ini.
Usaha yang mcm itu,
Hasilnya yang macam ini.

Sampai satu masa, kita seolah putus asa.
Kita seolah sudah berhenti usaha.
Kata di mulut redha, tapi sebenarnya hati kita pasrah.
Tanpa sedar, kita lupa untuk mencari, erti hikmah.

Ini cerita aku,
Cerita si gadis yang sentiasa rasa kurang dalam hidup.
Yang sebenarnya, lupa untuk syukur.
Masih diberi kesempatan bernyawa,
untuk menikmati hari esoknya.

Aku kadang kala lupa,
how much I need to learn,
to love myself.

Sejak aku sambung belajar kat Uia Gombak,
sejak diri sedar dah makin tua,
aku makin belajar macam mana nak jadi matang.
Aku bukan wanita yang baik sempurna.
Aku penuh cacat cela,
Tapi sedang cuba, pulihkan apa yang silap.


Aku bertatih menuju Tuhan Yang Esa.
Aku merangkak menjadi anak yang solehah.
Aku cuba menjadi sahabat yang baik.
Tapi aku sentiasa lupa,
untuk cuba belajar sayang diri sendiri.

Skrg baru aku sedar,
no matter what happen,
yang faham diri engkau hanya engkau sendiri,
dan tiada siapa sayang engkau,
seperti mana engkau sayang.


Aku cuba cari kasih sayang itu,
merata.
nampaknya aku temui,
dalam kasih Tuhan .





No comments:

Post a Comment