Tuesday 4 March 2014

Hidup.

Hidup. Life. 

                   Kalau eja, senang gila habaq mai. Tapi nak lalui dia, sakit, perit, suka, duka semua ada.
Harini takkan sama macam semalam. Dan esok, mungkin ada mungkin tiada. Dan semalam,hanya memori dalam mimpi.
Kalau kita tak belajar hargai apa kita ada sekarang, apa kemungkinan esok kita masih ada. Masih Allah benarkan kita kah untuk merasai nikmat yang kita jarang atau tak syukuri atau kita lupa nak menghargai?


"fabiayyi ala i rabbikuma tukadziban" Maka ni’mat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan.


Harini aku belajar erti menghargai. Sudah terlalu banyak nikmat Tuhan yang aku dustakan. Sudah banyak manusia, yang Allah hantar aku biarkan mereka disakiti begitu sahaja. Harini, aku belajar untuk menghargai. Harini aku tahu berapa sakitnya kalau hidup tidak ada yang menghargai. 

Macam mana kita nak sedar? Dengan syukur. Dengan rasa kebesaran Tuhan Yang Maha Esa. Yang Maha Ampun Maha Pemurah ini. Ya Tuhan. 

Terlalu banyak benda dalam hidup, kita sia siakan. Kesenangan kesempitan kecantikan kasih sayang itu semua nikmat, tapi itu juga satu ujian, untuk kita kenal Tuhan kala senang dan susah.
Allah Maha Kaya. Ingat.
Sentiasa, bersangka baik.
Allah itu tak kejam. Tapi Dia Maha Kuasa.







No comments:

Post a Comment